Filipina catat 8,719 kes baharu

MANILA 23 April – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 8,719 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 979,740 kes.

Setakat pukul 6.30 petang ini, jumlah kematian meningkat kepada 16,529 orang termasuk 159 pesakit yang meninggal dunia hari ini.

Sementara itu, sebanyak 13,812 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit pulih sebanyak 860,412 atau 87.8 peratus.

Kes aktif pula 102,799 atau 10.5 peratus.

Related posts

Leave a Comment