Kes naik, Thailand tutup sekolah

BANGKOK 16 April – Thailand mengambil beberapa langkah drastik bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 ketika negara itu  merekodkan 1,582 kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 39,038 dengan 10,461 kes aktif.

Menurut jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, semua sekolah dan institusi pendidikan akan ditutup manakala majlis perhimpunan melebihi 50 orang dan lain-lain aktiviti berisiko digantung selama dua minggu mulai Ahad ini.

Pusat hiburan termasuk pub, kelab malam, karaoke dan rumah urut ditutup serta larangan jualan minuman keras di restoran.

Di samping itu pusat membeli belah pula akan ditutup mulai pukul 9 malam, satu jam lebih awal dengan jumlah pengunjung dihadkan Begitu juga pusat aktiviti sukan, ditutup 9 malam manakala pasar raya, pasar malam mulai 11 malam hingga 4 pagi.

CCSA juga mengisytiharkan 18 wilayah sebagai zon merah atau zon kawalan secara maksimum, iaitu  Bangkok, Khon Kaen, Chon Buri, Chiang Mai, Tak, Nakhon Pathom, Nakhon Ratchasima, Nonthaburi, Pathum Thani, Prachuap Khiri Khan, Phuket, Rayong, Songkhla, Samut Prakan, Samut Sakhon, Sa Kaeo, Suphan Buri and Udon Thani.

Sementara itu Perdana Menteri, Gen Prayut mengarahkan para pegawai melihat keperluan mengimport lebih banyak vaksin dari Rusia dan Amerika Syarikat.

Related posts

Leave a Comment