34 kes jangkitan di Singapura

SINGAPURA 16 April – Sebanyak 34 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura hari ini yang melibatkan dua kes dalam masyarakat manakala 32 lagi adalah jangkitan import dan dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setiba mereka di Singapura, Dua kes dalam masyarakat adalah melibatkan seorang warga Indonesia yang datang ke Singapura untuk menjaga ayahnya dan seorang penyelidik kanan warga India yang bertugas di Universiti Nasional Singapura (NUS) Warga Indonesia itu diuji positif ketika mengambil ujian Covid-19 sebelum keberangkatan sebagai persiapan untuk pulang ke Indonesia dan dibawa ke hospital…

Read More

Filipina catat 10,726 kes

MANILA 16 April  – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 10,726 kes tambahan Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 914,971 kes. Sebanyak 650 pesakit pula dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 705,757 atau 77.1 peratus dengan kes aktif pula 193,476. Pada masa yang sama 145 pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 15,738 orang.

Read More

Kes naik, Thailand tutup sekolah

BANGKOK 16 April – Thailand mengambil beberapa langkah drastik bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 ketika negara itu  merekodkan 1,582 kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 39,038 dengan 10,461 kes aktif. Menurut jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, semua sekolah dan institusi pendidikan akan ditutup manakala majlis perhimpunan melebihi 50 orang dan lain-lain aktiviti berisiko digantung selama dua minggu mulai Ahad ini. Pusat hiburan termasuk pub, kelab malam, karaoke dan rumah urut ditutup serta larangan jualan minuman keras di restoran. Di samping itu pusat membeli belah pula akan ditutup mulai pukul…

Read More

PKPD di empat lokaliti

KUALA LUMPUR 16 April – Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang bermula esok, 17 hingga 30 April ini. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan yang dikenakan PKPD di Sabah membabitkan Taman Tawau Lama dan Kampung Batu Payung di Tawau. Pelaksanaan PKPD ini untuk memastikan pergerakan penduduk di lokaliti ini dapat dikawal bagi mengelakkan penularan jangkitan ke komuniti luar. Dalam satu kenyataan media beliau memaklumkan, turut dikenakan  PKPD adalah Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan.…

Read More

7 kluster tamat, 7 baharu muncul

PUTRAJAYA 16 April – Tujuh lagi kluster direkodkan hari ini yang meliputi tiga kluster tempat kerja, dua kluster pusat tahanan, dan masing masing satu kluster komuniti dan kluster pendidikan. Ini menjadikan 1,507 kluster direkodkan setakat ini tetapi 1,161 telah tamat termasuk tujuh hari ini iaitu iaitu Kluster Jalan Daun, Kluster Jalan Besar Kepong, Kluster Sungai Puteh, Kluster Jalan Kebun Nenas, Kluster Industri TTJ, Kluster Persiaran Hemisfera, dan Kluster Lorong Usaha Utama. Jumlah kluster aktif adalah 346 di mana 68 merekodkan pertambahan kes termasuk Kluster Jalan Puncak Borneo (315 kes), Kluster…

Read More

Hampir 1,000 kes harian di Sarawak

PUTRAJAYA 16 April – Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi menghampiri 1,000 kes selepas merekodkan 960 kes (37.6 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 892 kes (92.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 590 kes (23.1 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 245 kes (9.6 peratus). Sarawak: 960 kes 440 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jepak dan Kluster Jalan Sultan Iskandar; 452 kes daripada saringan kontak rapat kes positif…

Read More

Kes harian terus meningkat

PUTRAJAYA 16 April – Kes jangkitan Covid-19 terus menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 2,551 kes baharu hari ini berbanding 2,148 semalam yang menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 370,528 kes dengan kes aktif 18,600. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, Sarawak mencatat angka tertinggi kes harian dengan 960 kes jangkitan. Daripada jumlah kes hari ini, 2,522 adalah kes tempatan melibatkan 2,233 warganegara (88.5%) dan 289 bukan warganegara (11.5%). Sebanyak 82 kes (3.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster DTI…

Read More

434,301 terima dua dos suntikan

KUALA LUMPUR 16 April – Seramai 434,301 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 kebangsaan melengkapkan dua dos suntikan vaksin mereka setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba. Beliau memaklumkan bagi tempoh sama, 671,589 individu menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin kini adalah 1,105,890. Melalui  infografik laman Twitternya, Dr Adham memaklumkan lima negeri menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 93,829 diikuti Sarawak (67,427), Kuala Lumpur (73,266), Johor (63,295) dan Sabah (55,734). Sementara itu, lima negeri yang melengkapkan kedua-dua dos…

Read More