Hampir 1,000 kes harian di Sarawak

PUTRAJAYA 16 April – Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi menghampiri 1,000 kes selepas merekodkan 960 kes (37.6 peratus).

Daripada jumlah ini, sebanyak 892 kes (92.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 590 kes (23.1 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 245 kes (9.6 peratus).

  • Sarawak: 960 kes
    • 440 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jepak dan Kluster Jalan Sultan Iskandar;
    • 452 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 65 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Selangor: 590 kes 
    • 84 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Balakong;
    • 404 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • 98 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 245 kes  
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster, termasuk lima kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kia Peng;
    • 151 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • 21 kes import dari luar negara; dan
    • 66 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Kelantan: 164 kes 
    • 38 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 83 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 43 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sabah: 143 kes 
    • 89 kes daripada kluster-kluster, termasuk 55 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster DTI Sandakan;
    • 32 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 22 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 121 kes  
    • 70 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 23 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 28 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment