34 kes jangkitan di Singapura

SINGAPURA 16 April – Sebanyak 34 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura hari ini yang melibatkan dua kes dalam masyarakat manakala 32 lagi adalah jangkitan import dan dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setiba mereka di Singapura,

Dua kes dalam masyarakat adalah melibatkan seorang warga Indonesia yang datang ke Singapura untuk menjaga ayahnya dan seorang penyelidik kanan warga India yang bertugas di Universiti Nasional Singapura (NUS)

Warga Indonesia itu diuji positif ketika mengambil ujian Covid-19 sebelum keberangkatan sebagai persiapan untuk pulang ke Indonesia dan dibawa ke hospital dengan ambulans.

Lelaki itu tidak menunjukkan gejala dan keputusan ujian serologinya belum selesai,

Kes lain melibatkan seorang warga India berusia 34 tahun yang merupakan pemegang pas kerja.

Beliau adalah felo penyelidikan kanan di Universiti Nasional Singapura tetapi hanya pergi bekerja untuk satu hari pada 12 April, apabila dia mengalami gejala pada waktu petang semasa bekerja.

Dikenali sebagai Kes 61993, lelaki itu melakukan perjalanan ke India dari 28 Disember hingga 21 Mac.

Beliau diuji negatif dalam ujian sebelum berlepas di India pada 19 Mac, dan sekali lagi dalam ujian swab ketibaannya di Singapura pada 21 Mac.

Sekembalinya ke Singapura, beliau menjalani SHN di rumah di sebuah kemudahan khas. Semasa tempoh ini, beliau dikenal pasti sebagai kontak rapat kes yang disahkan sebelumnya, Kes 61141, semasa penerbangan mereka ke Singapura.

Related posts

Leave a Comment