Kes harian terus meningkat

PUTRAJAYA 16 April – Kes jangkitan Covid-19 terus menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 2,551 kes baharu hari ini berbanding 2,148 semalam yang menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 370,528 kes dengan kes aktif 18,600.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, Sarawak mencatat angka tertinggi kes harian dengan 960 kes jangkitan.

Daripada jumlah kes hari ini, 2,522 adalah kes tempatan melibatkan 2,233 warganegara (88.5%) dan 289 bukan warganegara (11.5%).

Sebanyak 82 kes (3.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster DTI Sandakan (55 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (20 kes), Kluster DTI Lenggeng (3 kes), Kluster Tembok Sri Aman (2 kes), Kluster Telok Mas (1 kes), dan Kluster Tembok Mempaga (1 kes).

Kes import pula 29 kes melibatkan 10 warganegara dan 19 bukan warganegara.

Sementara itu, 1,524 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan pulih 350,563 orang.

Sebanyak 227 pesakit mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 91 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat dua kes kematian pada hari ini di Selangor yang melibatkan warganegara

Related posts

Leave a Comment