Sarawak pula mendahului

PUTRAJAYA 15 April – Sarawak pula mendahului negeri lain merekodkan kes jangkitan Covid-19 tertinggi dengan melaporkan 512 kes harian baharu (23.8 peratus).

Daripada jumlah ini, sebanyak 420 kes (82.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 459 kes (21.4 peratus) dan Kelantan sebanyak 221 kes (10.3 peratus).

  • Sarawak: 512 kes
    • 122 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 298 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 92 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Selangor: 459 kes 
    • 97 kes daripada kluster-kluster, termasuk 16 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jaya Setia dan Kluster Perabot Olak Lempit;
    • 264 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 98 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Kelantan: 221 kes 
    • 90 kes daripada kluster-kluster, termasuk 70 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Kampung Domis, Kluster Kampung Bechah Semak, Kluster Bunut Sarang Burung, Kluster Kampung Labok, dan Kluster Kok Lanas;
    • 97 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 34 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sabah: 202 kes 
    • 96 kes daripada kluster-kluster, termasuk 32 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Biah Skim, Kluster Jalan Labuk Tiga, Kluster Lorong Megah Jaya, dan Kluster Melangkap Tomis;
    • 76 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 30 kes daripada lain-lain saringan Covid-19
  • Johor: 182 kes  
    • 129 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Cempaka Putih;
    • 24 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 29 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 171 kes  
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Radin;
    • 96 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • 19 kes import dari luar negara; dan
    • 47 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 134 kes 
    • 65 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 23 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 46 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment