15 kluster baharu, 346 aktif

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

15 April 2021:

  • Jumlah kluster : 1,500 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 15 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,154 kluster (termasuk10 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Kampung Padang Tembak, Kluster Sungai Puloh, Kluster Jalan Laksamana, Kluster Kuala Punteh, Kluster Bukit Petiti, Kluster Hulu Jerocco, Kluster Tapak Bina Jalan Vista, Kluster Kiba, Kluster Bukit Tunggal, dan Kluster Jasmine Empat);
  • Jumlah kluster aktif : 346 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 73 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Kempas Satu (81 kes), Kluster Abak Bon (77 kes), dan Kluster Telok Mas (45 kes).

Perincian 15 kluster baharu yang dikenal pasti hari ini, 15 April 2021 iaitu:

  • KLUSTER KAMPUNG BUNUT SARANG BURUNG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tumpat, Kota Bharu, dan Tanah Merah di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-355684) dilaporkan positif Covid-19 pada 8 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Kampung Bunut Sarang Burung, Tumpat. Sehingga 15 April, sejumlah 121 individu disaring, di mana 50 kes dikesan positif.

  • KLUSTER KAMPUNG DOMIS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Tumpat, dan Tanah Merah di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-362097) dilaporkan positif Covid-19 pada 12 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Kampung Domis, Tanah Merah. Sehingga 15 April 2021, sejumlah 152 individu telah disaring, di mana 40 kes dikesan positif.

  • KLUSTER KAMPUNG LABOK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Machang di Kelantan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 13 April 2021 hasil saringan bersasar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Kampung Joh, Labok, Machang. Sehingga 15 April, sejumlah 96 individu telah disaring, di mana sembilan kes dikesan positif.

  • KLUSTER KOK LANAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Bahru, Tanah Merah, dan Tumpat di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-362095) dilaporkan positif Covid-19 pada 12 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Kok Lanas, Kota Bahru. Sehingga 15 April, sejumlah 56 individu telah disaring, di mana 31 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JAYA SETIA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 13 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Jaya Setia 26/3, HICOM Industrial Estate, Shah Alam. Sehingga 15 April, sejumlah 94 individu disaring, di mana 12 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PERABOT OLAK LEMPIT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan 8, Banting. Sehingga 15 April, sejumlah 326 individu disaring, di mana 25 kes dikesan positif.

  • KLUSTER LORONG MEGAH JAYA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sandakan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-362769) dilaporkan positif Covid-19 pada 13 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pusat perkhidmatan yang terletak di Bandar Tyng, Sandakan. Sehingga 15 April, sejumlah 38 individu disaring, di mana 18 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN LABUK TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sandakan dan Lahad Datu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 354942) dilaporkan positif Covid-19 pada 8 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah institusi pendidikan yang terletak di Kilometer 18, Jalan Labuk, Sandakan. Sehingga 15 April 2021, sejumlah 82 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN RADIN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 13 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah restoran yang terletak di Jalan Radin Bagus 3, Sri Petaling, Lembah Pantai. Sehingga 15 April , sejumlah 30 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif.

  • KLUSTER BIAH SKIM

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Keningau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-364590) dilaporkan positif Covid-19 pada 14 April 2021 hasil saringan masuk wad. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang berlangsung di Kampung Biah Skim, Keningau pada 29 Mac 2021. Sehingga 15 April 2021, sejumlah 20 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif.

  • KLUSTER MELANGKAP TOMIS

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Belud dan Tuaran di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-353664) dilaporkan positif Covid-19 pada 7 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang berlangsung pada 30 Mac 2021 di Kampung Melangkap Tomis, Kota Belud. Sehingga 15 April, sejumlah 188 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif.

  • KLUSTER KAMPUNG BECHAH SEMAK

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Pasir Mas dan Tanah Merah di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 354422) dilaporkan positif Covid-19 pada 7 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu Kampung Bechah Semak, Pasir Mas. Sehingga 15 April, sejumlah 111 individu disaring, di mana 36 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN CEMPAKA PUTIH

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kulai dan Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-356384) dilaporkan positif Covid-19 pada 9 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Cempaka Putih, Kampung Bahagia, Kulai. Sehingga 15 April 2021, sejumlah 106 individu telah disaring, di mana sembilan kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAMAN RAKYAT

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Dungun di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-354467) dilaporkan positif Covid-19 pada 7 April 2021 hasil saringan rentas negeri. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang diadakan di Taman Rakyat Jaya, Balai Besar, Dungun pada 1 April 2021. Sehingga 15 April, sejumlah 429 individu telah disaring, di mana 26 kes dikesan positif.

  • KLUSTER KAMPUNG POKOK MACHANG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Baling, Kuala Muda, dan Kulim di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 362032) merupakan kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) yang dilaporkan positif Covid-19 pada 12 April 2021. Kluster ini melibatkan komuniti di Kampung Pokok Machang, Bukit Selambau, Sungai Petani. Sehingga 15 April, sejumlah 35 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment