Filipina catat 9,373 kes baharu

MANILA 6 April – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 9,373 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 812,760 kes dengan kes aktif sebanyak 152,562 kes.

Setakat pukul 4 petang ini juga, 313 kes sembuh direkodkan dan ini menjadikan jumlah kes pulih meningkat kepada 646,381 kes atau 79.5 peratus.

Jumlah kematian pula merekodkan 382 kes, satu jumlah yang besar berbanding hari-hari lain.

Bagaimanapun jumlah kes kematian itu ada kaitan dengan masalah teknikal

dengan sistem pengumpulan kes mengakibatkan pelaporan rendah kematian Covid-19 sepanjang minggu lalu.

Berikutan masalah itu, angka kematian tidak lengkap sebelum April 2021 dan dimasukkan semula angka yang tidak dilaporkan sebelum ini.

Related posts

Leave a Comment