Kes jangkitan di Thailand 250

BANGKOK 8 April – Jumlah kes jangkitan Covid-19 meningkat kepada 250 kes hari ini di mana 245 adalah kes tempatan dan lima import menjadikan jumlah keseluruhan 29,571 kes.

Tiada kematian baharu direkodkan dan jumlah yang meninggal dunia kekal 95 orang.

Menurut Jabatan Kawalan Penyakit, sebanyak 155 kes baharu hasil pengesanan aktif iaitu Bangkok (119), Narathiwat (30), Chon Buri (3), Sa Kaeo (2) dan Samut Prakan (1).

Baki 90 kes direkodkan di hospital iaitu Bangkok (37),

Samut Prakan (19), Chon Buri (15), Samut Sakhon (7), Chiang Mai dan Pathum Thani masing-masing dua dan satu masing-masing satu di Tak, Ayutthaya, Nonthaburi, Lop Buri, Kanchanaburi, Nakhon Pathom, Chaiyaphum dan Prachin Buri.

Daripada 37 kes direkodkan hospital, sebanyak 32 warga Thai, dua Jepun, dan satu masing-masing Thais, Myanmar, Jerman dan Laos.

Kes import pula melibatkan mereka yang dikuarantin sejurus tiba dari Republik Czech, Madagascar, Pakistan, Emiriyah Arab Bersatu dan Turki.

Sebanyak 27,948 atau 94.51 peratus daripada 29,571 kes dilaporkan sembuh termasuk 108 yang pulih hari ini sementara 1,528 masih di hospital.

Related posts

Leave a Comment