10 kluster baharu, 354 aktif

MAKLUMAT terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 6 April 2021:

  • Jumlah kluster : 1,421 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 10 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 1,067 kluster (termasuk 11 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Amanjaya, Kluster Jalan Industri A1, Kluster Jalan Sungai, Kluster Jalan Dato Sellathevan, Kluster Persiaran Bayam Indah, Kluster Jalan Timah Tiga, Kluster Jalan Jenjarom, Kluster Perusahaan Baru, Kluster Jalan Sementa, Kluster Jalan Subang, dan Kluster Simpang Tiga );
  • Jumlah kluster aktif : 354 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 62 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tembok Sri Aman (128 kes), Kluster Jalan Pelabuhan (50 kes), dan Kluster Jalan Mega Industri (20 kes).

TERDAPAT 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan lima (5) kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti, serta masing-masing satu kluster pusat tahanan dan kluster keagamaan.

Perincian 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER INTEGRASI RAWANG TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 5 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat pembinaan yang terletak di Jalan Industri 3/6, Rawang Intergrated Industrial Park, Rawang. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 18 individu telah disaring, di mana 13  kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN BADLI SHAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling, Klang, dan Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-339697) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Tengku Badli Shah 9/21, Seksyen 9, Shah Alam. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 244 individu telah disaring, di mana 21  kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN MAJU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-340202) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja kes indeks yang terletak di Jalan Maju, Sibu. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 80 individu telah disaring, di mana 34  kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KOTA KUBANG LABU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Bharu dan Bachok di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-343992) dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Kota Kubang Labu, Tumpat. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 318 individu telah disaring, di mana  26  kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN MEGA INDUSTRI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 5 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Mega 1/8, Taman Perindustrian Nusa Cemerlang, Gelang Patah, Johor Bahru. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 41 individu telah disaring, di mana  21  kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG PALEKBANG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Tumpat di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-345436) dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Kampung Palekbang, Tumpat. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 42 individu telah disaring, di mana  28  kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAMAN PERUDA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-347803) dilaporkan positif COVID-19 pada 2 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Taman Peruda, Sungai Petani, Kuala Muda. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 37 individu telah disaring, di mana  16  kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG BELAOH

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Besut di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-350917) dilaporkan positif COVID-19 pada 4 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Belaoh, Besut. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 81 individu telah disaring, di mana  enam (6)  kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PADANG HIJAU

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Kluang di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 April 2021 hasil saringan bersasar tahanan-tahanan di pusat transit penerimaan yang terletak di Padang Hijau,  Kluang. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 17 individu telah disaring, di mana 12  kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BELACON

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Lahad Datu dan Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-351333) dilaporkan positif COVID-19 pada 5 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Bukit Belacon, Lahad Datu. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 196 individu telah disaring, di mana  17  kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Related posts

Leave a Comment