Sarawak mendahului, kes 1.9 juta

PUTRAJAYA 10 Sept. – Sebanyak 21,176 lagi kes jangkitan harian Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kini 1,940,950.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 3,734 kes.

Ini diikuti Selangor dengan 3,595 kes, Johor 2,297, Sabah 2,246, Pulau Pinang 1,939, Kedah 1,808, Perak 1,366 dan Kelantan 1,254 kes.

Pahang merekodkan 853 kes; Terengganu 776, Melaka 485, Kuala Lumpur 467 dan Negeri Sembilan 252 kes.

Perlis merekodkan 77 kes, Putrajaya 21 dan Labuan melaporkan kes terendah iaitu enam kes.

Sementara itu Kelantan merekodkan jumlah keseluruhan 90,979 kes, Perak 80,183, Pahang 50,321 dan Terengganu 40,918.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan, kadar kematian hari ini adalah sebanyak 341 kes menjadikan angka kumulatif sebanyak 19,827 kes.
“Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini sebanyak 242,161 kes,” katanya.
Sementara itu, Unit Rawatan Rapi (ICU) sedang merawat sebanyak 1,310 pesakit dan daripada jumlah itu juga, 773 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Manakala angka kes sembuh hari ini adalah sebanyak 21,476 kes dengan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 1,678,962.

Related posts

Leave a Comment

error: Content is protected !!