20 kluster pendidikan seluruh negara

PUTRAJAYA 5 April – Sebanyak 20 kluster pendidikan melibatkan murid, guru dan kakitangan sekolah di seluruh negara telah dikenal pasti, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati kluster melibatkan sektor pendidikan menunjukkan peningkatan dikaitkan jangkitan rakan sekerja dan kontak sosial.

“Apabila terdapat kes positif dilaporkan di Pusat Kesihatan Daerah (KPD) melibatkan anak murid, guru dan pekerja sekolah, pasukan kesihatan akan digerakkan untuk pengesanan kes dan kontak serta menjalankan proses disinfeksi,” katanya dalam sidang media mingguan CITF di sini hari ini.

Katanya, untuk tujuan kawalan, kakitangan kesihatan akan membuat penilaian risiko dan kesihatan di sekolah terbabit jika perlu ditutup operasi sementara.

“Kakitangan kesihatan akan buat penilaian risiko dan kesihatan secara menyeluruh memastikan pengurusan kes dan kluster dapat dijalankan sebaik mungkin.

“Untuk tujuan langkah-langkah kawalan, pegawai kesihatan daerah akan nasihatkan pengurusan sekolah untuk tutup sementara sama, ada kelas atau sekolah bergantung penilaian dijalankan,” jelasnya lagi.

Tambah beliau, selain langkah yang diambil kementeriannya, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Adham turut mengumumkan terdapat peningkatan daerah hijau di seluruh negara.

Daripada 159 daerah yang kita ada kes Covid-19, setakat ini sembilan daerah di Semenanjung bertukar hijau iaitu di Hulu Perak, Kampar, Jelebu, Langkawi, Bandar Baru Sik dan Yan dan Cameron Highlands.

Manakala di Sarawak tujuh daerah dikategorikan hijau, di Sabah peningkatan kawasan hijau, daripada 27 daerah, 5 daerah hijau dicatatkan.

Related posts

Leave a Comment