17 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 6 April – Sebanyak 17 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 60,495 . Kementerian Kesihatan (MoH) dalam kenyataan medianya berkata, kesemua 17 kes adalah kes import dan sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik saja mereka tiba di Singapura. Empat kes adalah Penduduk Tetap (PR) yang pulang dari India, Indonesia dan Malaysia, dua lagi kes – pemegang pas tanggungan dan seorang pemegang pas kerja – tiba dari India. Satu lagi kes adalah pemegang pas lawatan jangka panjang yang tiba dari United Kingdom (UK). Enam kes adalah pemegang…

Read More

Kes di Arab Saudi meningkat

RIYADH 5 April – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi hari ini adalah sebanyak 695 meningkat sedikit berbanding 673 semalam yang membawa jumlah keseluruhan 393,377. Jumaat lalu, Arab Saudi merekodkan 728 kes sebelum turun kepada 684 kes pada Sabtu. Menurut Kementerian Kesihatan, tujuh lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif 6,704 kematian. Sebanyak 489 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 380,305. Sementara itu Riyadh merekodkan kes tertinggi dengan 289 kes diikuti Makkah 151 dan daerah Timur 108 kes.…

Read More

10 kluster tamat, 6 baharu

PUTRAJAYA 5 April – Sebanyak 1,411 kluster direkodkan setakat ini termasuk enam kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini melibatkan lima kluster tempat kerja dan satu komuniti. Sepuluh kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Jalan Cempedak, Kluster Jalan Haji Malek, Kluster Tapak Bina Nilam Sari, Kluster Jalan Wawasan 12, Kluster Jalan Tampoi Besi, Kluster Jalan Murni 12, Kluster Jalan Apas Empat, Kluster Jalan Telawi, Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok, dan Kluster Kampung Telekong. Kluster aktif pula 355 termasuk 48 yang merekodkan pertambahan kes baharu tertinggi hari ini iaitu Kluster…

Read More

Selangor masih mendahului kes

PUTRAJAYA 5 April – Selangor masih mendahului kes jangkitan tertinggi dengan catatan 327 (30.6 peratus) walaupun angka itu menunjukkan penurunan kes termasuk di negeri-negeri lain. Daripada jumlah ini, sebanyak 248 kes (75.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 225 kes (21.0 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 133 kes (12.4 peratus). Selangor: 327 kes  24 kes daripada kluster-kluster; termasuk enam kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Taman Komersial dan Kluster Lorong Dua; 224 kes daripada saringan kontak rapat…

Read More

1,070 kes baharu, 7 kematian

PUTRAJAYA 5 April –  Sebanyak 1,070 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 352,029 kes. Sembilan kes import melibatkan empat warganegara manakala daripada 1,061 kes tempatan, sebanyak 904 melibatkan warganegara (85.2%) dan 157 bukan warganegara (14.8%) Sebanyak 14 kes (1.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Depot Tahanan Imigresen (DTI) dan penjara yang membabitkan Kluster DTI Jalan Duta (5 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (5 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (2 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes), dan Kluster DTI Sepang 2…

Read More

194 kes baharu di Thailand

BANGKOK 5 April – Kerajaan Thailand merekodkan 194 kes baharu Covid-19, kebanyakannya daripada kluster penjara Narathiwat dan bar di Bangkok yang membawa kepada jumlah keseluruhan 29,321 kes. Jumlah kematian pula kekal 95 orang selepas tiada laporan baharu pesakit meninggal dunia. Melalui pengesanan aktif, sebanyak 95 kes direkodkan, 87 melalui hospital dan 12 lagi melibatkan kes import. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Bangkok merekodkan 45 kes dari hospital, diikuti Samut Prakan (9), Chon Buri (7), Suphan Buri (7), Samut Sakhon (4), Nonthaburi (4), Prachuap Khiri Khan (2), Chaiyaphum (2) dan…

Read More

Kes di Filipina melepasi 800,000

MANILA 5 April – Jumlah kes jangkitan Covid-19 yang direkodkan Filipina terus mencatatkan peningkatan dengan melebihi 800,000 kes apabila 8,355 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 803,398 kes. Penurunan kes harian ini adalah disebabkan oleh operasi makmal yang dikurangkan semasa cuti sebelumnya, dan tidak bermakna perubahan trend kes. Setakat pukul 4 petang ini juga, Jabatan Kesihatan (DoH), merekodkan 145 lagi pesakit sembuh yang menjadikan jumlah keseluruhan 646,237 atau  80.4 peratus. Bagi tempoh yang sama juga, 10 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada 13,435 kematian. Kes aktif pula…

Read More

Fasa kedua vaksinasi 19 April

PUTRAJAYA 5 April – Lapan negeri dan wilayah akan memulakan fasa kedua Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula 19 April ini, kata Menteri Penyelaras Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin. Negeri terlibat adalah Kedah, Melaka, Pahang, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan sementara di negeri lain akan dimulakan beberapa hari kemudian. Katanya, penerima vaksin fasa kedua itu akan menerima notifikasi janji temu untuk janji temu untuk pemberian vaksin melalui aplikasi MySejahtera bermula hari ini. “Penghantaran notifikasi akan dibuat sekurang kurangnya 14 hari sebelum tarikh janji,” kata Khairy…

Read More