Fasa kedua vaksinasi 19 April

PUTRAJAYA 5 April – Lapan negeri dan wilayah akan memulakan fasa kedua Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula 19 April ini, kata

Menteri Penyelaras Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.

Negeri terlibat adalah Kedah, Melaka, Pahang, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan sementara di negeri lain akan dimulakan beberapa hari kemudian.

Katanya, penerima vaksin fasa kedua itu akan menerima notifikasi janji temu untuk janji temu untuk pemberian vaksin melalui aplikasi MySejahtera bermula hari ini.

“Penghantaran notifikasi akan dibuat sekurang kurangnya 14 hari sebelum tarikh janji,” kata Khairy dalam sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) di sini pada Isnin.

“Peringatan akan dihantar kepada penerima vaksin tiga hari dan sehari sebelum janji temu, melalui sistem pesanan ringkas (SMS dan juga panggilan daripada pusat panggilan,” kata Khairy.

Beliau turut mengingatkan kepada penerima vaksin agar menghadiri janji temu yang telah disahkan kehadiran untuk mengelakkan daripada pembaziran vaksin Covid-19.

“Kehadiran diwajibkan dan kita telah membuat perancangan rapi untuk menghantar vaksin ke setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Saya berharap orang ramai dapat hadir pada masa tarikh dan tempat janji temu ditetapkan.

“Orang ramai akan menerima option untuk setuju atau tidak hadir apabila janji temu diberikan, apabila mereka jawab akan hadir, harap mereka akan hadir jika tidak vaksin itu akan bazirkan kerana vaksin itu bila keluar dari peti sejuk tidak boleh dimasukkan balik,” katanya lagi.

Sejumlah 1,229,855 penerima vaksin berdaftar terdiri dari warga emas, 1,741,935 (komorbiditi) dan 115,249 (golongan OKU).

Related posts

Leave a Comment