194 kes baharu di Thailand

BANGKOK 5 April – Kerajaan Thailand merekodkan 194 kes baharu Covid-19, kebanyakannya daripada kluster penjara Narathiwat dan bar di Bangkok yang membawa kepada jumlah keseluruhan 29,321 kes.

Jumlah kematian pula kekal 95 orang selepas tiada laporan baharu pesakit meninggal dunia.

Melalui pengesanan aktif, sebanyak 95 kes direkodkan, 87 melalui hospital dan 12 lagi melibatkan kes import.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Bangkok merekodkan 45 kes dari hospital, diikuti Samut Prakan (9), Chon Buri (7), Suphan Buri (7), Samut Sakhon (4), Nonthaburi (4), Prachuap Khiri Khan (2), Chaiyaphum (2) dan Chumphon (2).

Sementara Tak, Samut Songkhram, Sa Kaeo, Narathiwat dan Pathum Thanimasing-masing merekodkan satu kes.

Kes di Bangkok termasuk rakyat Jepun dan Kanada.

Melalui ujian pengesanan aktif pula, Narathiwat merekodkan 93 kes manakala Bangkok dan Pathum Thani masing-masing merekodkan satu kes.

Sementara itu 12 kes import pula adalah dari Ethiopia dan masing-masing satu dari  Yemen, Rusia , Brazil, India, Amerika Syarikat , Sweden, Bangladesh, Jerman dan Malaysia.

Menurut Pusat Kawalan Penyakit, pada Ahad sebanyak 40 kes dikesan di pub dan bar di Bangkok.

Sehingga hari ini, sebanyak 27,840 pesakit telah sembuh termasuk 66 yang sembuh hari ini  manakala 1,386 masih menerima rawatan.

Related posts

Leave a Comment