MANILA 5 April – Jumlah kes jangkitan Covid-19 yang direkodkan Filipina terus mencatatkan peningkatan dengan melebihi 800,000 kes apabila 8,355 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 803,398 kes.
Penurunan kes harian ini adalah disebabkan oleh operasi makmal yang dikurangkan semasa cuti sebelumnya, dan tidak bermakna perubahan trend kes.
Setakat pukul 4 petang ini juga, Jabatan Kesihatan (DoH), merekodkan 145 lagi pesakit sembuh yang menjadikan jumlah keseluruhan 646,237 atau 80.4 peratus.
Bagi tempoh yang sama juga, 10 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia
dan ini membawa kepada 13,435 kematian.
Kes aktif pula 143,726
