1,070 kes baharu, 7 kematian

PUTRAJAYA 5 April –  Sebanyak 1,070 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 352,029 kes.

Sembilan kes import melibatkan empat warganegara manakala daripada 1,061 kes tempatan, sebanyak 904 melibatkan warganegara (85.2%) dan 157 bukan warganegara (14.8%)

Sebanyak 14 kes (1.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Depot Tahanan Imigresen (DTI) dan penjara yang membabitkan Kluster DTI Jalan Duta (5 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (5 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (2 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes), dan Kluster DTI Sepang 2 (1 kes).

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebanyak 1,294 pesakit sembuh direkodkan menjadikan kes pulih keseluruhan 336,456 kes, manakala kes aktif mencecah 14,278.

Dalam tempoh 24 jam lalu juga, negara mencatatkan tambahan tujuh kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan 1,295 kematian.

Kematian pada hari ini melibatkan empat kes di Selangor, dua kes di Sabah, dan satu kes di Johor. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara.

Katanya, seramai 180 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan 89 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment