17 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 6 April – Sebanyak 17 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 60,495 .

Kementerian Kesihatan (MoH) dalam kenyataan medianya berkata, kesemua 17 kes adalah kes import dan sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik saja mereka tiba di Singapura.

Empat kes adalah Penduduk Tetap (PR) yang pulang dari India, Indonesia dan Malaysia, dua lagi kes – pemegang pas tanggungan dan seorang pemegang pas kerja – tiba dari India.

Satu lagi kes adalah pemegang pas lawatan jangka panjang yang tiba dari United Kingdom (UK).

Enam kes adalah pemegang permit kerja yang tiba dari Bangladesh, India, Indonesia dan Malaysia, termasuk seorang pembantu rumah asing.

Baki empat kes adalah pemegang pas lawatan jangka pendek:

Tiga tiba dari Brazil, Kanada dan Serbia untuk mengambil bahagian dalam satu acara sukan; baki kes tiba dari Amerika Syarikat bersama anaknya yang sedang menuntut di Singapura.

Sebanyak 12 pesakit dibenarkan keluar hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan jumlah kes sembuh di sini sebanyak 60,214.

Sebanyak 46 kes masih dirawat di hospital. Sebahagian besar dalam keadaan stabil atau sedang beransur pulih manakala seorang dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU). Lagi 205 sedang menjalani pengasingan dan dijaga di kemudahan masyarakat.

Related posts

Leave a Comment