Kes di Arab Saudi meningkat

RIYADH 5 April – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi hari ini adalah sebanyak 695 meningkat sedikit berbanding 673 semalam yang membawa jumlah keseluruhan 393,377.

Jumaat lalu, Arab Saudi merekodkan 728 kes sebelum turun kepada 684 kes pada Sabtu.

Menurut Kementerian Kesihatan, tujuh lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif 6,704 kematian.

Sebanyak 489 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 380,305.

Sementara itu Riyadh merekodkan kes tertinggi dengan 289 kes diikuti Makkah 151 dan daerah Timur 108 kes.

Kes aktif pula sebanyak 6,368 dan 836 daripadanya dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment