AS beri 157,606,463 dos vaksin

AMERIKA Syarikat telah memberikan 157,606,463 dos vaksin Covid-19 dan mengagihkan 204,719,335 dos ke merata negara itu setakat 6 pagi semalam 2 April.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, jumlah

itu adalah bagi vaksin Moderna, Pfizer/BioNTech dan Johnson & Johnson.

Maklumat pada 1 April, menunjukkan agensi itu sudah memberikan 153,631,404 dos vaksin dan mengagihkan 200,496,635 dos.

Menurut agensi itu lagi, 101,804,762 penduduk sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos manakala 57,984,785 penduduk sudah selesai mendapatkan dua dos setakat Jumaat.

Sebanyak 7,735,342 dos vaksin sudah diberikan di kemudahan-kemudahan jagaan jangka panjang, menurut agensi itu lagi.

Related posts

Leave a Comment