Malaysia di tangga 30 kes tertinggi

PUTRAJAYA 26 Julai – Malaysia berada di kedudukan 30 senarai negara yang merekodkan kes positif Covid-19 yang kini meningkat kepada 194,104,829 (setakat 11 pagi waktu Malaysia) dengan kematian global 4,158,469.

Dalam kumpulan negara yang telah mencatatkan lebih satu juta kes, Malaysia berada di kedudukan ke 11 daripada 12 negara yang merekodkan jumlah berkenaan..

Amerika Syarikat mendahului dengan 34,443,527 kes dan 610,891 kematian, diikuti India 31,371,901 (420,551 kematian) dan Brazil 19,688,663 ( 549,924 ).

Berada di kedudukan keempat adalah Perancis yang merekodkan 6,056,388 dengan 111,806 kematian, diikuti Rusia 6,049,215  (151,352).

United Kingdom merekodkan 5,723,397 (129,446) dan Turki 5,601,608 (50,934).

Merekodkan lebih empat juta kes adalah Argentina 4,846,615 (103,721), Colombia 4,727,846 (118,868), Itali 4,317,415 (127,949) dan Sepanyol 4,280,429 (81,221).

Sementara itu Jerman mencatatkan 3,763,018 (91,531), Iran 3,691,432 (88,800) dan INDONESIA 3,166,505 (83,279).

Lima negara merekodkan lebih dua juta kes iaitu Poland 2,883,146 (75,242), Mexico 2748,518 (238,424), Afrika Selatan 2,377,823 (69,775), Ukraine 2,325,776 (55,369) dan Peru 2,094,445 (195,243).

Netherlands mendahului negara yang merekodkan lebih satu juta kes dengan 1,872,554 (18,086), Czechia 1,672,409 (30,357), Chile 1,609,177 (35,026), Iraq 1,552,648 (18,287), FILIPINA 1,548,755 (27,224), Kanada 1,433,792 (26,506),.

Bangladesh 1,164,635 (19,274), Belgium 1,113,465 (25,220), Sweden 1,096,799 (14,651), Romania 1,082,292 (34,268), MALAYSIA 1,013,438 (7,994), dan Pakistan 1.004,694 (23,016).

Portugal menghampiri satu juta kes dengan catatan sekarang 953,059 kes dan 17,292 kematian.

Related posts

Leave a Comment