PRU DN Johor: 37 UMNO, 15 MCA, 4 MIC

JOHOR BAHRU 25 Jun – Senarai 56 calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor Ke-16 menggabungkan gandingan muka baharu dan lama terdiri daripada 37 wakil UMNO, 15 MCA dan empat MIC. Daripada jumlah itu, 36 adalah calon lama termasuk penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala 20 lagi calon baharu. UMNO tampil dengan beberapa perubahan termasuk menampilkan Setiausaha Kerjanya, Mohd Sumali Reduan yang buat kali pertama akan bertanding di Benut, yang sebelum ini disandang bekas Menteri Besar,  Hasni Mohammad. Di DUN Serom, BN mempertaruhkan…

Read More

MB pertahan Machap, seorang Exco gugur

JOHOR BAHRU 24 Jun – Seorang Exco Kerajaan Negeri digugurkan manakala 10 lagi termasuk Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi dikekalkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor Ke-16. Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Khairin-Nisa Ismail @ Md On, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom tidak dicalonkan dan diisi muka baharu, Nadhirah Afiqah Abdull Rahim. Onn Hafiz Ghazi pada Majlis Pengumuman Calon BN hari ini juga mengumumkan seorang daripada Exco berpindah kerusi DUN iaitu bekas Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan…

Read More

Putra tidak sertai pilihan raya Johor

SEPANG 24 Jun – Putra yang bercadang bertanding di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor membatalkan hasrat itu selepas Perikatan Nasional (PN) tidak memberi sebarang maklum balas mengenai kerjasama pilihan raya yang dicadangkan. Setiausaha Agung Putra Nasrul Ali Hasan Abdul Latif dalam satu kenyataan berkata, Mesyuarat Biro Politik Putra yang bersidang hari ini mengambil keputusan tersebut serta menyatakan dukacita di atas layanan PN. Katanya, Putra telah menghubungi Pengerusi PN, seterusnya mengutus surat menyatakan persetujuan cadangan mengadakan ‘electoral pact’ atau kerjasama pilihan raya bersama PN termasuk cadangan untuk bertanding di…

Read More

Tiada masalah Amanah calon Sharon Teo

KUALA LUMPUR 24 Jun – Amanah mempertahankan pencalonan Sharon Teo sebagai calon  Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor bulan depan. Presidennya,  Mohamad Sabu berkata tidak timbul masalah bagi parti itu meletakkan calon bukan Melayu di kerusi DUN Permas. Beliau berkata pemilihan calon sudah diputuskan dan tidak timbul masalah berhubung keputusan itu yang menyaksikan Sharon Teo diletakkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) mewakili Amanah di kerusi itu. “Tiada masalah (letak calon), kita selesai semua. Insya-Allah,” katanya kepada media…

Read More

4,008 warga Myanmar daftar DPP

KUALA LUMPUR 24 Jun – Seramai 4,010 pelarian dan pencari suaka melibatkan 4,008 warga Myanmar, masing-masing seorang warga Sudan dan Syria, didaftarkan di bawah Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) sejak pelaksanaannya bermula pada 1 Januari lalu. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata Fasa 1 program berkenaan membabitkan tahanan warga Myanmar khususnya etnik Rohingya yang ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen di Semenanjung. Mereka  merangkumi 2,746 tahanan lelaki dewasa, 632 tahanan perempuan dewasa, 392 kanak-kanak lelaki dan 240 kanak-kanak perempuan. “Tahanan dewasa akan dipindahkan secara berfasa ke Pusat Pengasingan Khas Pelarian…

Read More

Amaran Trump jika Iran gagal patuh

WASHINGTON – Presiden Donald Trump menegaskan akan mengambil tindakan yang difikirkan perlu sekiranya Iran gagal mematuhi perjanjian yang telah dimeterai atau “tidak berkelakuan sebagaimana yang sepatutnya” . Minggu lalu Presiden Amerika Syarikat (AS) dan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, menandatangani perjanjian sementara, lebih tiga bulan selepas serangan AS dan Israel ke atas Iran, yang kemudian dibalas Iran melalui serangan terhadap Israel serta beberapa negara Teluk yang menempatkan pangkalan tentera AS. Trump turut mendakwa bahawa dana Iran yang dibekukan dan kini dilepaskan semula sepatutnya digunakan secara eksklusif untuk membeli makanan dari AS.…

Read More

Tanpa senjata Tehran bakal jadi Gaza

ISLAMABAD – Presiden Iran Masoud Pezeshkian menegaskan program peluru berpandu balistik Iran tidak boleh dijadikan agenda rundingan malah mengakui tanpa keupayaan persenjataan, Tehran bakal menerima nasib seperti Gaza. Bercakap ketika lawatan ke Pakistan, semalam, beliau berkata, negara berkenaan pasti sudah dimusnahkan Israel dan Amerika Syarikat (AS) jika tidak memiliki peluru berpandu sebagai sebahagian pertahanan mereka. “Israel dan AS pasti sudah memusnahkan Iran seperti di Gaza dengan serangan dibuat tanpa mengira usia tua atau muda. Kami tidak akan berunding keupayaan pertahanan Iran dengan sesiapa mahupun dalam apa-apa juga keadaan,” katanya. Sementara…

Read More