PUTRAJAYA 1 Jun – Nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam adalah 0.90 berbanding 0.91 kelmarin.
Lapan negeri mencatatkan nilai melebihi atau menyamai kadar kebangsaan dengan Sabah merekodkan kadar tertinggi iaitu 1.03 berbanding 1.02 kelmarin.
Ini diikuti Sarawak merekodkan 0.98, Melaka 0.96, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.95, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.94, Kedah 0.94, Perak 0.93 dan Selangor 0.93.
Pulau Pinang dan Negeri Sembilan masing-masing merekodkan 0.89 manakala Johor 0.87.
Sementara itu Terengganu merekodkan 18 kes, Kelantan 15, Pahang 13 kes, Perlis (4) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1).
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.