64 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 11 Okt. – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 64 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 27,329 kes, iaitu 1.17 peratus daripada 2,334,617 kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sejumlah 14 daripada 64 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Bagaimanapun, jumlah kematian yang dilaporkan itu turut merangkumi sejumlah kes tertunggak kerana ada di antara kes meninggal dunia itu berlaku beberapa minggu lalu.

Berdasarkan purata jumlah kes kematian harian sebenar selama tujuh hari, trend kematian pesakit Covid-19 menunjukkan penurunan selaras peningkatan jumlah populasi lengkap divaksin serta yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, sebanyak 10,959 kes sembuh dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,195,669 orang pulih.

Semalam, sebanyak 7,373 kes baharu direkodkan termasuk dua kes import melibatkan seorang warganegara dan bukan warganegara.

Related posts

Leave a Comment