Nurul Izzah di Permatang Pauh atau Ampang?

BAYAN BARU 23 Okt. – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)  Anwar Ibrahim memberi bayangan Nurul Izzah Anwar mungkin kekal bertanding mempertahankan kerusi di Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Anwar berkata kemungkinan besar Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR terus kekal bertanding di kubu kuat PKR itu meskipun terdapat desas-desus mengatakan beliau mungkin akan bertanding di kerusi Parlimen Ampang.

“Saya bagi scoop lah, kemungkinan ke arah itu lah (bertanding di Permatang Pauh ) kemungkinan besar,” katanya selepas menghadiri Majlis Makan Malam Pimpinan PKR Pulau Pinang, di  Spice Arena Bayan Baru, Pulau Pinang malam tadi.

Hadir sama Naib Presiden PKR, Nurul Izzah dan barisan kepemimpinan PKR Pulau Pinang serta Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Sebelum ini, tular di media sosial spekulasi mendakwa bahawa Nurul Izzah akan bertanding di Parlimen Ampang.

Anwar juga berkata, pembahagian kerusi PH sudah selesai dan senarai calon yang berwibawa dan mempunyai dasar perjuangan yang jelas akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.

Related posts

Leave a Comment