346,508 terima dos pertama

PUTRAJAYA 17 Mac – Seramai 346,508 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah menerima dos pertama vaksin setakat semalam.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dalam ciapan Twitter beliau hari ini berkata Selangor merekodkan angka pemberian vaksin tertinggi dengan 41,913 individu.

Ini diikuti Perak (39,404), Sabah (33,966) dan Sarawak (32,465).

Di Kuala Lumpur seramai 31,740 individu, Johor (26,185), Pahang (25,944), Kedah (23,871), Pulau Pinang (20,393), Kelantan (16,541) dan Terengganu (15,725).

“Di Negeri Sembilan pula seramai 14,489 individu, Melaka (9,120), Perlis (8,038), Putrajaya (4,383) dan Labuan (2,342),” katanya.

Program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Feb lepas, menyasarkan untuk memberi imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing.

Related posts

Leave a Comment