Gencatan: Kenakan tekanan ke atas Israel

KAHERAH – Tiada keperluan untuk cadangan gencatan senjata baharu bagi Gaza sebaliknya tekanan harus dikenakan terhadap Israel untuk bersetuju dengan rancangan Amerika Syarikat (AS) yang sudah diterima Hamas.

AS dijangka membentangkan cadangan gencatan senjata baharu yang bertujuan memecahkan kebuntuan antara Hamas dan Israel.

Cadangan baharu itu bertujuan untuk menyelesaikan kebuntuan selama berbulan-bulan dalam rundingan yang diketengahkan oleh AS, Qatar dan Mesir bagi mendapatkan gencatan senjata.

Dalam satu kenyataan, Hamas berkata, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berusaha untuk menggagalkan perjanjian dengan menegaskan yang Israel tidak akan menarik diri dari koridor Philadelphi di selatan Gaza.

“Kami memberi amaran supaya tidak terjerat dalam perangkap dan helah Netanyahu kerana beliau menggunakan rundingan sebagai alasan untuk melanjutkan pencerobohan terhadap rakyat kami,” kata kenyataan itu.

Pegawai kanan Hamas, Izzat Al Risheq memberitahu Reuters pada Rabu bahawa kumpulan itu akan menangani cadangan baharu yang ‘memenuhi tuntutan penentangan dan tuntutan rakyat kita’, tanpa memberikan butiran khusus.

Hamas berkata, ia menerima cadangan yang dikemukakan AS pada 2 Julai lalu dan tidak ada keperluan untuk cadangan baharu, serta menuduh Netanyahu cuba menggagalkan perjanjian.

Ketika rundingan di Qatar pada Isnin, delegasi Israel yang diketuai oleh ketua Mossad, David Barnea, memberitahu pengantara bahawa Israel bersedia untuk mengundurkan tenteranya dari koridor selepas fasa 42 hari pertama gencatan senjata.

Bagaimanapun , beberapa jam kemudian, Netanyahu mengadakan sidang akhbar di Baitulmaqdis dan menegaskan bahawa Israel mengekalkan kawalan koridor Philadelphi.

Nnn..

Related posts

Leave a Comment