Cari isyarat internet untuk PdPR

BAGI membantu anak-anak mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR), seorang guru berusaha menyediakan ‘ruang belajar’ di dalam kebun getah dengan membuat meja dan kerusi menggunakan batang buluh.

Jeffery Joseph, 41, seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Buayan memberitahu, sebelum sesi persekolahan, beliau sudah terfikir bagaimana untuk anak-anak mengikuti sesi PdPR dalam keadaan tiada akses Internet.

“Saya pun masuk ke kawasan kebun getah sejauh kira-kira 500 meter dari rumah kemudian mendaki bukit untuk mencari lokasi yang boleh mendapat isyarat talian telefon dan Internet.

“Sebaik sahaja mendapat kedudukan lokasi yang sesuai, saya pun membersihkan kawasan berkenaan dan membina meja serta kerusi sebagai tempat untuk anak- anak belajar secara atas talian,” katanya seperti dilaporkan Utusan Borneo (Sabah) hari ini.

Related posts

Leave a Comment