Thailand catat 35 kes baharu

BANGKOK 3 Mac – Thailand merekodkan 35 kes baharu jangkitan Covid-19 yang melibatkan 25 kes tempatan dan 10 kes import menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 26,108.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) sebanyak 17 kes dilaporkan di hospital dan lapan dalam kalangan masyarakat.

Samut Sakhon merekodkan 12 kes, di mana sembilan daripadanya iaitu lima Myanmar dan empat Thai dikesan di hospital manakala tiga dalam masyarakat iaitu dua Myanmar dan satu Thai.

Pathum Thani merekodkan lapan kes – lima warga Myanmar dalam komuniti dan tiga di hospital.

Bangkok merekodkan tiga kes baharu iaitu dua Thai dan satu Britain sementara 10 kes import pula adalah dua kes masing-masing dari Ghana dan Nigeria ,dan satu masing-masing dari Kenya dan Turki.

Empat lagi yang pulang dari Myanmar dan dikenakan perintah kuarantin.

Daripada 26,108 kes, sebanyak 25,483 pulih termasuk 63 kes hari ini menjadikan

25,483 (97%) pulih manakala 541 masih di hospital. Sepuluh orang memerlukan bantuan pernafasan. Jumlah kematian kekal 84.

Related posts

Leave a Comment