331 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 3 Mac – Arab Saudi merekodkan 331 kes baharu Covid-19 hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 378,333. Dalam tempoh 24 jam yang lepas, Kementerian Kesihatan juga melaporkan lima lagi pesakit meninggal dunia yang membawa jumlah kematian 6,510 orang. Jumlah pesakit sembuh pula meningkat kepada 369,277 apabila hari ini sebanyak 351 lagi pesakit dilaporkan pulih manakala kes aktif 2,546 di mana 501 kritikal. Riyadh mencatatkan kes jangkitan harian tertinggi iaitu 134 diikuti daerah Timur 66 dan Makkah 46. Sementara itu Kementerian Kesihatan Arab Saudi mewajibkan pengambilan vaksin…

Read More

21 kes import di Singapura

SINGAPURA 3 Mac – Dua kes jangkitan Covid-19 dalam masyarakat dan 21 kes import dilaporkan di Singapura hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 59,979 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kes dalam masyarakat melibatkan seorang pesara berusia 82 tahun dan seorang lagi suri rumah yang juga Penduduk Tetap (PR) Singapura berusia 38 tahun. Kes import pula, 20 daripada kes adalah pemegang pas kerja yang tiba dari India, Nepal dan Nigeria sementara satu lagi kes import adalah seorang PR Singapura yang tiba dari Indonesia. MoH menyatakan jumlah keseluruhan kes baharu dalam…

Read More

Kes harian Indonesia 6,808

JAKARTA 3 Mac – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Indonesia kini mencecah 1,353,834 termasuk 6,808 kes baharu yang direkodkan hari ini. Lima provinsi merekodkan kes yang tinggi iaitu Jawa Barat 1,894 kes, Jakarta 1,437, Jawa Tengah 548, Jawa Timur 430 dan Kalimantan Timur 349. Sebanyak 203 lagi pesakit meninggal dunia yang menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian meningkat kepada 36,721 orang. Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 9,053 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa jumlah pulih meningkat kepada 1,169,916 orang. Bagi kes aktif pula sebanyak 147,197 kes direkodkan.

Read More

20 kematian di Filipina

MANILA 3 Mac – Filipina merekodkan 20 orang lagi meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 12,389 kematian. Jabatan Kesihatan (DoH) melaporkan, setakat pukul 4 petang ini sebanyak 1,783 kes baharu direkodkan yang membawa kepada jumlah kumulatif 582,223 kes. Bagi tempoh yang sama, jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 534,778 kes termasuk 330 pesakit yang disahkan pulih hari ini. Kes aktif pula 35,056 atau 6.0 peratus daripada keseluruhan kes.

Read More

Thailand catat 35 kes baharu

BANGKOK 3 Mac – Thailand merekodkan 35 kes baharu jangkitan Covid-19 yang melibatkan 25 kes tempatan dan 10 kes import menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 26,108. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) sebanyak 17 kes dilaporkan di hospital dan lapan dalam kalangan masyarakat. Samut Sakhon merekodkan 12 kes, di mana sembilan daripadanya iaitu lima Myanmar dan empat Thai dikesan di hospital manakala tiga dalam masyarakat iaitu dua Myanmar dan satu Thai. Pathum Thani merekodkan lapan kes – lima warga Myanmar dalam komuniti dan tiga di hospital. Bangkok merekodkan tiga kes…

Read More

11 kluster baharu

KEMENTERIAN Kesihatan memaklumkan terdapat 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan sembilan kluster berkaitan tempat kerja dan masing-masing satu kluster yang melibatkan kumpulan berisiko tinggi dan komuniti. 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu: KLUSTER JALAN PERUBATAN Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah restoran yang terletak di Jalan Perubatan 2, Pandan Indah, Hulu Langat. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 20 individu…

Read More

Selangor mendahului kes harian

SELANGOR melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 640 kes (36.7 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 503 kes (78.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 376 kes (21.5 peratus) dan Sarawak sebanyak 139 kes (8.0 peratus). Selangor: 640 kesĀ  136 kes daripada kluster-kluster, termasuk 32 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Utarid, Kluster Jalan Anak Gasing, Kluster Tapak Bina Jalan MP, Kluster Balakong Satu, dan Kluster Jalan Perubatan; 367 kes daripada saringan kontak rapat kes positif…

Read More

Australia tutup sempadan hingga Jun

SYDNEY: Australia melanjutkan penutupan sempadan antarabangsa yang bermula sejak setahun lalu untuk sekurang-kurangnya tiga bulan lagi sehingga pertengahan Jun ini bagi membendung penularan koronavirus. Menteri Kesihatan Greg Hunt berkata para pegawai kesihatan telah menasihati pemerintah bahawa “situasi Covid-19 di luar negara terus menimbulkan risiko kesihatan awam, termasuk kemunculan jenis varian yang lebih mudah berjangkit. Justeru kawalan sempadan yang ketat akan berterusan sehingga 17 Jun. Australia menutup sempadan antarabangsanya pada peringkat awal pandemik dan menyekat kemasukan kebanyakan pelawat asing kecuali dalam situasi tertentu. Had juga dikenakan ke atas jumlah warga Australia…

Read More