20 kematian di Filipina

MANILA 3 Mac – Filipina merekodkan 20 orang lagi meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 12,389 kematian.

Jabatan Kesihatan (DoH) melaporkan, setakat pukul 4 petang ini sebanyak 1,783 kes baharu direkodkan yang membawa kepada jumlah kumulatif 582,223 kes.

Bagi tempoh yang sama, jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 534,778 kes termasuk 330 pesakit yang disahkan pulih hari ini.

Kes aktif pula 35,056 atau 6.0 peratus daripada keseluruhan kes.

Related posts

Leave a Comment