Kes jangkitan 3.32 juta

KES positif Covid-19 di seluruh dunia setakat pagi ini melepasi 3.32 juta orang, iaitu pertambahan 60,000 kes manakala kematian pula 237,943.

Merujuk pelbagai sumber, Amerika Syarikat (AS) mempunyai angka jangkitan melebihi 1 juta dengan keseluruhan 1.09 juta kes manakala Sepanyol dan Itali masing-masing  213,000 dan 207,000.

United Kingdom 178,000, Perancis 167,000, Jerman 163,000, Turki 122,000

dan Rusia 114,000.

Jumlah kematian pula  terus meningkat di AS dengan jumlah melebihi 64,000 diikuti

Itali 28,000 dan United Kingdom 27,000 kes.

Perancis kini melepasi Sepanyol sebagai negara keempat yang mencatat angka korban yang tinggi dengan 24,594 kes sementara Sepanyol dengan 24,543 kes.

Related posts

Leave a Comment