331 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 3 Mac – Arab Saudi merekodkan 331 kes baharu Covid-19 hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 378,333.

Dalam tempoh 24 jam yang lepas, Kementerian Kesihatan juga melaporkan lima lagi pesakit meninggal dunia yang membawa jumlah kematian 6,510 orang.

Jumlah pesakit sembuh pula meningkat kepada 369,277 apabila hari ini sebanyak 351 lagi pesakit dilaporkan pulih manakala kes aktif 2,546 di mana 501 kritikal.

Riyadh mencatatkan kes jangkitan harian tertinggi iaitu 134 diikuti daerah Timur 66 dan Makkah 46.

Sementara itu Kementerian Kesihatan Arab Saudi mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 bagi mereka yang mahu mengerjakan haji tahun ini.

Suntikan vaksin akan menjadi salah satu syarat utama bagi melayakkan seseorang jemaah menunaikan ibadah itu.

Tahun lalu kerajaan Arab Saudi mengurangkan jumlah jemaah haji dengan banyak kepada sekitar 1,000 orang tanpa jemaah luar negara bagi membantu membendung penularan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment