Kes harian Indonesia 6,808

JAKARTA 3 Mac – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Indonesia kini mencecah 1,353,834 termasuk 6,808 kes baharu yang direkodkan hari ini.

Lima provinsi merekodkan kes yang tinggi iaitu Jawa Barat 1,894 kes, Jakarta 1,437, Jawa Tengah 548, Jawa Timur 430 dan Kalimantan Timur 349.

Sebanyak 203 lagi pesakit meninggal dunia yang menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian meningkat kepada 36,721 orang.

Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 9,053 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa jumlah pulih meningkat kepada 1,169,916 orang.

Bagi kes aktif pula sebanyak 147,197 kes direkodkan.

Related posts

Leave a Comment