Selangor mendahului kes harian

SELANGOR melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 640 kes (36.7 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 503 kes (78.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Johor sebanyak 376 kes (21.5 peratus) dan Sarawak sebanyak 139 kes (8.0 peratus).

  • Selangor: 640 kes 
    • 136 kes daripada kluster-kluster, termasuk 32 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Utarid, Kluster Jalan Anak Gasing, Kluster Tapak Bina Jalan MP, Kluster Balakong Satu, dan Kluster Jalan Perubatan;
    • 367 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 135 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 376 kes  
    • 280 kes daripada kluster-kluster, termasuk 32 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan DPB Lima;
    • 49 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 47 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 139 kes
    • 26 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 60 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 53 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Perak: 136 kes
    • 133 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment