KWSP: 30% tinggal RM100 Akaun 1

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan sebanyak RM18.1 bilion telah dikeluarkan oleh 5.16 juta ahlinya menerusi kemudahan Skim Pengeluaran Akaun 2 i-Lestari.

Menurut Pengerusi KWSP, Ahmad Badri Mohd Zahir, KWSP merupakan salah satu dana persaraan terawal di dunia yang memberikan bantuan kepada ahlinya ketika pandemik Covid-19 merebak.

“Langkah-langkah lain termasuk membenarkan ahli mengurangkan caruman wajib mereka daripada 11% kepada 7% berkuatkuasa April 2020 hingga Disember 2020,” katanya dalam kenyataan media Laporan Kewangan KWSP bagi tahun 2020.

Sementara itu beliau juga memaklumkan hampir 30 peratus daripada ahli KWSP telah mengeluarkan wang simpanan persaraan mereka di dalam Akaun 1 ketika pandemik Covid-19 melanda negara sejak Mac tahun lalu.

“Kita dapati banyak simpanan ahli telah menurun, kita percaya lebih kurang 30 peratus daripada mereka telah keluarkan hampir kesemua wang persaraan mereka di dalam Akaun 1. Mereka cuma terpaksa tinggalkan RM100 di dalam akaun sebagai syarat.

“Kita jangka 60 peratus ahli pula akan menggunakan wang daripada Akaun 2. Akaun ini adalah untuk memudahkan ahli untuk membeli rumah, bil perubatan dan pendidikan serta meningkatkan skil mereka,” katanya.

KWSP agak bimbang berkenaan perkara ini, kita akan terus melakukan lebih banyak aktiviti serta kempen kesedaran betapa pentingnya simpanan untuk hari tua,” katanya.

Related posts

Leave a Comment