8,232 kes harian di Indonesia

JAKARTA 26 Feb. – Indonesia terus menambah jumlah kes jangkitan Covid-19 apabila 8,232 lagi dilaporkan positif menjadikan jumlah kumulatif 1,322,866 dengan kes aktif 158,408.

Pada masa yang sama kes sembuh meningkat kepada 1,128,672 orang atau 85.3 peratus termasuk 7,261 yang dilaporkan pulih.

Jumlah kematian pula menunjukkan pertambahan apabila 268 lagi pesakit meninggal dunia yang menjadikan jumlah keseluruhan 35,786 kematian.

Lima provinsi merekodkan kematian tertinggi iaitu Jawa Tengah 130, Jakarta 42, Jawa Timur 32, Bali sembilan dan Jawa Barat tujuh.

Bagi pertambahan kes positif harian, lima provinsi dengan angka tertinggi adalah Jawa Barat 2,314 diikuti Jakarta 1,661, Jawa Tengah 653, Jawa Timur 541 dan  Kalimantan Timur 485. 

Manakala lima provinsi yang merekodkan kes sembuh harian tertinggi adalah Jakarta dengan 1,785 kes, Jawa Tengah 1,119, Jawa Barat 868, Jawa Timur 535 dan Kalimantan Timur 432.

Sementara itu, jumlah penerima vaksin meningkat kepada 1,583,581 orang melebihi angka sasaran vaksinasi Tenaga Kesehatan sebanyak 1.468.764 orang. Peningkatan hari ini disebabkan penambahan penerima vaksin sebanyak 121.661 orang.

Related posts

Leave a Comment