Singapura catat 13 kes baharu

SINGAPURA 26 Feb. -26 Feb. – Sebanyak 13 kes baharu Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan kes 59,913.

Menurut  Kementerian Kesihatan (MoH), kesemuanya adalah kes import dan telah  dikenakan notis jangan keluar rumah sebaik tiba di Singapura.

Tiada jangkitan baharu dalam masyarakat dilaporkan termasuk di asrama pekerja asing.

Dalam kalangan kes baharu itu, 12 tidak bergejala dan dikesan menerusi langkah-langkah pemeriksaan dan pemantauan proaktif, manakala satu lagi kes bergejala.

Seorang warga Singapura dan empat penduduk tetap yang pulang dari India dan Britain adalah antara kes import dilaporkan hari ini.

Dua kes melibatkan warga Myanmar masing-masing terdiri daripada pemegang pas tanggungan dan pemegang pas kerja manakala satu lagi kes melibatkan pemegang pas lawatan jangka panjang yang tiba dari India.

Baki lima kes adalah pemegang permit kerja yang tiba dari Indonesia, Malaysia dan Filipina dengan empat daripadanya pembantu rumah asing.

Sebanyak 18 kes Covid-19 sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan-kemudahan pengasingan masyarakat menjadikan jumlah keseluruhan, 59,803 pesakit pulih sepenuhnya.

Setakat ini, 15 kes positif Covid-19 masih dirawat di hospital, kebanyakannya dalam keadaan stabil atau semakin pulih. Seorang pesakit dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi (ICU).

Related posts

Leave a Comment