Arab Saudi catat 346 kes baharu

RIYADH 26 Feb.- Arab Saudi merekodkan 346 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 376,723. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kes kematian hari ini adalah tiga orang yang membawa jumlah keseluruhan 6,483. Riyadh merekodkan kes harian tertinggi  dengan 184 kes diikuti daerah Timur 74 kes dan daerah Makkah 38. Kes aktif pula sebanyak 2,549 di mana 477 kritikal.

Read More

Singapura catat 13 kes baharu

SINGAPURA 26 Feb. -26 Feb. – Sebanyak 13 kes baharu Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan kes 59,913. Menurut  Kementerian Kesihatan (MoH), kesemuanya adalah kes import dan telah  dikenakan notis jangan keluar rumah sebaik tiba di Singapura. Tiada jangkitan baharu dalam masyarakat dilaporkan termasuk di asrama pekerja asing. Dalam kalangan kes baharu itu, 12 tidak bergejala dan dikesan menerusi langkah-langkah pemeriksaan dan pemantauan proaktif, manakala satu lagi kes bergejala. Seorang warga Singapura dan empat penduduk tetap yang pulang dari India dan Britain adalah antara kes import…

Read More

8,232 kes harian di Indonesia

JAKARTA 26 Feb. – Indonesia terus menambah jumlah kes jangkitan Covid-19 apabila 8,232 lagi dilaporkan positif menjadikan jumlah kumulatif 1,322,866 dengan kes aktif 158,408. Pada masa yang sama kes sembuh meningkat kepada 1,128,672 orang atau 85.3 peratus termasuk 7,261 yang dilaporkan pulih. Jumlah kematian pula menunjukkan pertambahan apabila 268 lagi pesakit meninggal dunia yang menjadikan jumlah keseluruhan 35,786 kematian. Lima provinsi merekodkan kematian tertinggi iaitu Jawa Tengah 130, Jakarta 42, Jawa Timur 32, Bali sembilan dan Jawa Barat tujuh. Bagi pertambahan kes positif harian, lima provinsi dengan angka tertinggi adalah…

Read More

‘Kena gigit semut pun sakit’

KUALA TERENGGANU 26 Feb. – Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini menjadi individu pertama di Terengganu menerima suntikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech. Beliau menerima suntikan tersebut pada pukul 4.05 petang bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Dr Alias Razak, dan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus. Ahmad Samsuri berkata masyarakat yang akan menerima suntikan vaksin Covid-19 tidak perlu berasa takut mahupun gusar untuk disuntik malah sepatutnya mereka harus teruja untuk menanti giliran mereka bagi menerima suntikan itu. Jelasnya proses suntikan yang diterimanya…

Read More

MB Pahang terima dos pertama

KUANTAN 26 Feb. – Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail menjadi individu terawal di Pahang yang menerima suntikan vaksin PfizerBioNTech, dos pertama di bawah Program Imunisasi Covid-19 Peringkat Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, di sini hari ini. Wan Rosdy antara 115 individu termasuk Setiausaha Kerajaan Pahang, Dr Sallehuddin Ishak dan petugas barisan hadapan yang menerima suntikan dos pertama vaksin itu. Katanya, kerajaan negeri Pahang menyasarkan 70 peratus dari keseluruhan 1.67 juta penduduk negeri itu dapat divaksin menjelang Februari tahun depan sebagai usaha membendung penularan wabak…

Read More

Filipina catat 2,651 kes baharu

MANILA 26 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 2,651 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada 571,327 kes Menurut DoH sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 46 pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada 12,247 kematian. Pada masa yang sama kes sembuh pula meningkat kepada 524,582 kes atau 91.8 peratus daripada jumlah kes. Jumlah sembuh hari ini adalah 561. Kes aktif pula sebanyak 34,498.

Read More

45 kes baharu di Thailand

BANGKOK 26 Feb. – Thailand merekodkan 45 kes jangkitan baharu Covid-19 yang melibatkan 37 kes jangkitan tempatan dan lapan kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 25,809 kes. Sebanyak 32 kes disahkan di hospital dan lima melalui pengesanan aktif dalam masyarakat. Wilayah Samut Sakhon merekodkan 19 kes baharu di mana 14 disahkan di hospital yang melibatkan lapan warga Thai dan enam Myanmar) manakala lima kes warga Myanmar dikesan dalam masyarakat. Bangkok pula merekodkan tiga kes baharu iaitu dua warga Thaindan seorang Perancis. Kes lain dikesan di Nakhon Nayok (5 Thai),…

Read More

PKPB Sarawak dilanjut 15 Mac

KUALA LUMPUR 26 Feb. – Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak sehingga 15 Mac, kata Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob. Dalam satu kenyataan, Ismail Sabri berkata perkara itu diputuskan selepas penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati masih berlaku peningkatan kes Covid-19 di negeri itu. Sebanyak 2,623 kes direkodkan dalam tempoh 14 hari bermula 12 sehingga 25 Februari lalu. PKPB Sarawak sepatutnya berakhir pada 1 Mac nanti. “Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan bersetuju melanjutkan PKPB…

Read More

Perak kedua tertinggi

SELANGOR masih mendahului jumlah kes jangkitan Covid-19 apabila merekodkan 633 kes baharu hari ini diikuti Perak 545 kes, Johor 276 dan Sarawak 250. Selangor: 633 kes o 143 kes daripada kluster-kluster, termasuk 35 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Persiaran Freesia, Kluster Teknologi Emas, Kluster Jalan Jenjarum, dan Kluster Bukit Putra; o 377 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; o Dua kes import dari luar negara; dan o 111 kes daripada lain-lain saringan Covid-19. • Perak: 545 kes o 539 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1)…

Read More

6 bulan lagi rentas sempadan?

PUTRAJAYA 26 Feb. – Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan Malaysia mampu mencapai imuniti kelompok dalam tempoh enam hingga sembilan bulan, kata Ketua Pengarahnya, Dr Noor Hisham Abdullah Beliau berkata , jika perkara itu berlaku, beberapa prosedur operasi standard (SOP) boleh dikaji semula termasuk membenarkan rentas sempadan. “Kita jangkakan dalam tempoh enam hingga sembilan bulan kita akan mendapat lebih banyak data. Kalau negara kita dan negara lain sudah mencapai imuniti kelompok, mungkin akan pertimbangkan (rentas sempadan), “ katanya. Katanya, perbincangan akan dijalankan dari masa ke masa tetapi yang penting ialah kita perlukan…

Read More