AS longgar sekatan November

AMERIKA Syarikat akan melonggarkan sekatan perjalanan bermula November depan dan mula menerima pengembara yang lengkap divaksin dari United Kingdom, Kesatuan Eropah (EU) dan beberapa negara lain.

Kelonggaran sekatan ini diputuskan susulan tuntutan daripada sebahagian besar sekutunya di Eropah.

Menurut Koordinator White House, Jeff Zients, kelonggaran sekatan ini terpakai ke atas individu dan bukan berdasarkan negara.

Di bawah peraturan baharu ini, pengembara perlu menunjukkan bukti mereka lengkap divaksin sebelum menaiki penerbangan dan keputusan negatif bagi ujian Covid-19 dalam tempoh tiga hari sebelum perjalanan.

Mereka tidak perlu menjalani kuarantin.

Amerika Syarikat adalah antara negara dengan sekatan perjalanan ketat di mana pada tahun 2020, ia melaksanakan sekatan ke atas pengembara dari China dan kemudian diperluaskan kepada negara lain.

Ketika ini Amerika Syarikat menyekat bukan warganegaranya yang pernah ke UK dan beberapa negara Eropah, China, India, Afrika Selatan dan Iran dalam tempoh 14 hari.

Related posts

Leave a Comment