AS cadang tambah 500 juta dos

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) bercadang menyumbang 500 juta dos tambahan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech kepada beberapa negara di seluruh dunia sekali gus  menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan 1 bilion dos.

Presiden Joe Biden yang akan menganjurkan sidang kemuncak maya mengenai Covid-19 pada Rabu dijangka mengumumkan butiran berkaitan hasrat tersebut.

Sebelum ini, di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Biden memaklumkan AS telah memberikan lebih daripada 15 bilion dolar sebagai tindak balas terhadap Covid-19.

Melalui platform perkongsian vaksin global Covax, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), AS sebelum ini telah membeli 500 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech

AS mendorong para pemimpin global untuk menyokong sasarannya mengakhiri wabak Covid-19 termasuk memastikan 70 peratus penduduk dunia divaksinasi pada tahun 2022.

Related posts

Leave a Comment