PKPD Bandar Raub Perdana

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Bandar Raub Perdana, Raub, Pahang berkuat kuasa esok sehingga 25 Februari ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikenakan adalah sama seperti pelaksanaan PKPD sebelum ini.

Setakat kini, katanya, 75 kontak rapat kes positif Covid-19 dikesan di lokaliti itu dan saringan bersasar ke atas baki kontak rapat sedang dilakukan

“Sehingga kini, KKM telah mengesan 75 kontak rapat kepada kes positif Covid-19. KKM telah mengambil 40 sampel ujian PCR dan daripada jumlah itu, 75 didapati negatif,” katanya dalam sidang media mengenai perkembangan PKP hari ini.

Sementara itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam telah menahan 575 individu atas kesalahan ingkar SOP.

Daripada jumlah itu, 532 dikompaun, 39 direman dan 4 individu dijamin.

Antara kesalahan ialah gagal menyediakan peralatan, gagal merekodkan butiran diri dan pelanggan, tiada penjarakan sosial dan tidak memakai pelitup muka. Kesalahan rentas negeri/daerah adalah 70 kes.

Op Benteng pula berjaya menahan 37 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas enam buah kenderaan darat.

“126 kapal dan bot dikesan. Ada yang dikesan dan diarah berpatah balik dan keluar dari negara kita,” tambahnya.

Related posts

Leave a Comment