2.5 bilion belum terima vaksin

GENEVA 6 Feb. – Satu berita baik apabila jumlah penerima vaksin sekurang-kurangnya satu dos melebihi jumlah jangkitan, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhenom Gebreyesus

Dalam taklimat media mengenai Covid-16 pada Jumaat 5 Februari (awal pagi Sabtu Malaysia), beliau berkata, langkah itu merupakan perkembangan yang baik dalam usaha membendung penularan Covid-19.

Bagaimanapun berita kurang baiknya adalah, tiga perempat mereka yang menerima vaksin itu adalah daripada kalangan 10 negara sahaja, yang mempunyai purata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 60 peratus di peringkat dunia.

Beliau menegaskan, banyak lagi negara yang memerlukan perhatian untuk menamatkan penularan jangkitan virus itu.

“Hampir 130 negara dengan 2.5 bilion populasi masih belum menerima walau satu dos pun,” katanya.

Jelas beliau, semakin lama masa yang diambil untuk memvaksin, semakin banyak risiko untuk kewujudan mutasi baharu dan penularan jangkitan.

Dr Tedros turut meminta negara-negara berpendapatan tinggi yang memiliki stok vaksin untuk menyumbangkan kepada negara membangun setelah populasi mereka yang berisiko tinggi selesai disuntik.

Jelasnya, dengan meninggalkan mereka yang berisiko tidak divaksin, ia akan memburukkan lagi keadaan sedia ada.

(Foto : Tedros (tengah) sebelum taklimat media di Geneva semalam, Jumaat)

Related posts

Leave a Comment