85 tempatan 15 import

PUTRAJAYA: Kes baharu positif Covid-19 di negara ini melonjak kepada tiga digit setakat 12 tengah hari Selasa, 8 September selepas merekodkan 100 kes berbanding 62 kes pada Isnin..

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 9,559 kes, sementara jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 295 kes.

Daripada jumlah kes baharu, sebanyak 85 kes merupakan jangkitan dalam negara, sementara 15 kes lagi adalah kes jangkitan import.

Selain itu, 62 kes daripada kes baharu Covid-19 adalah membabitkan Kluster Benteng Lahad Datu (LD).

Lima belas kes import adalah dari negara India , enam kes di Selangor, empat kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, satu kes di Negeri Sembilan.

Selain itu, Indonesia (dua kes di Selangor); Pakistan (satu kes di Selangor); dan Filipina (satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).

Sebanyak 12 kes pulih pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya adalah sebanyak 9,136 kes atau 95.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Tiada kematian berkaitan Covid-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kematian kekal sebanyak 128 kes atau 1.35 peratus daripada jumlah keseluruhan kes

Setakat ini, sebanyak tujuh kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan empat daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment