Gagal patuh SOP 680 ditahan

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Polis menahan 680 individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob.

Daripada jumlah itu, sebanyak 630 dikompaun, 49 individu direman manakala seorang dijamin.

Bercakap pada Sidang Media Perkembangan PKP/PKPB hari ini, beliau berkata, 3,150 Pasukan Task Force Pematuhan terdiri daripada 14,858 anggota melakukan 63,595 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP.

Beliau juga memberitahu, seramai 114,861 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

Semalam, 800 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa negara dan kesemuanya telah dikuarantin wajib di stesen kuarantin seluruh negara.

Mengenai barang keperluan asas, Barang Keperluan Asas, penguat kuasa telahmembuat 704 pemantauan harian ke atas 11 jenis bekalan barangan termasuk peruncit (530), pemborong (144) dan pengilang (30) serta memeriksa 1,622 premis.

Daripada jumlah  itu, 1,601 patuh, enam diberi nasihat, lapan diberi amaran dan tujuh dikompaun.

Related posts

Leave a Comment