PBB kecam penahanan Suu Kyi

SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mengecam penahanan pemimpin  Myanmar, Aung San Suu Kyi oleh junta tentera dalam satu serbuan awal pagi ini, Isnin, 1 Februari.

Jurucakap PBB Stéphane Dujarric berkata, Guterres mendesak pimpinan tentera membebaskan pemimpin berkenaan dan menghormati keputusan rakyat Myanmar semasa pilihan raya umum November lalu.

“Setiausaha Agung mengutuk penahanan Aung San Suu Kyi, Presiden Win Myint dan para pemimpin politik lainnya. Perkembangan ini merupakan satu tamparan hebat bagi reformasi demokrasi,” kata Dujarric dalam kenyataan.

Katanya, semua pihak harus bertindak demi kepentingan yang lebih besar dari reformasi demokrasi Myanmar, terlibat dalam dialog yang bermakna, menahan diri dari kekerasan dan menghormati hak asasi manusia dan kebebasan fundamental

Pada masa yang sama Amerika Syarikat turut mengecam penahanan itu dan memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab jika tindakan itu tidak dihentikan.

“Amerika Syarikat mengecam sebarang usaha mengubah keputusan hasil pilihan raya umum lalu ,” kata jurucakap White House,  Jen Psaki, melalui pernyataan.

Penahanan Suu Kyi dan pemimpin kanan NLD disahkan oleh jurucakap partainya, Myu Nyunt.

Related posts

Leave a Comment