Filipina catat 1,949 kes baharu

MANILA 24 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina setakat pukul 4 petang ini merekodkan 1,949 kes baharu Covid-19 berbanding 1,797 kes semalam.

Dengan perkembangan ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 513,619 dengan kes aktif pula 27,765.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 53 lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada 10,242 kematian.

Sementara itu 7,729 pesakit dilaporkan sembuh, satu peningkatan yang ketara berbanding 166 semalam. Ini menjadikan jumlah kes sembuh meningkat kepada 475,612 kes.

Related posts

Leave a Comment