267 kes, 2 kematian di Arab Saudi

RIYADH 29 Jan. – Hanya dua kematian akibat Covid-19 direkodkan Arab Saudi hari ini manakala kes jangkitan harian meningkat kepada 267 berbanding 253 semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kumulatif kes yang direkodkan setakat ini adalah 367,543 dan 6,368 kematian. Kes aktif pula 2,169 di mana 355 adalah kritikal. Di samping itu, sebanyak 253 pesakit pulih dan menjadikan jumlah pesakit sembuh kini meningkat kepada 359,006 atau 97.67 peratus. Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan 89 kes diikuti wilayah Timur 70 dan Makkah 49.

Read More

Indonesia tambah 13,802 kes baharu

JAKARTA 29 Jan. – Indonesia terus menambah jumlah kes jangkitan Covid-19 apabila merekodkan 13,802 kes baharu dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes 1,051,795. Jumlah kes sembuh pula 10,138 menjadikan jumlah pesakit yang pulih dari jangkitan meningkat kepada 852,260 atau 81 peratus daripada jangkitan. Pada masa yang sama, terdapat 5,032,866 orang yang didapati negatif selepas menjalani ujian termasuk 38,617 orang hari ini. Kes aktif pula sebanyak 170,017 manakala 187 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia dan kumulatifnya 29,518 kematian Bagi kes jangkitan, Jawa Barat merekodkan 3,835 kes diikuti Jakarta 3,448…

Read More

802 kes baharu di Thailand

BANGKOK 29 Jan. – Thailand mengumumkan 802 kes baharu Covid-19 yang melibatkan 781 jangkitan tempatan dan 21 kes import menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 17,023. Menurut Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 692 kes aktif dalam masyarakat melibatkan 686 di wilayah Samut Sakhon, tiga di Bangkok dan masing-masing satu di Nonthaburi, Sa Kaeo dan Rayong. Manakala 89 kes di hospital melibatkan, 79 kes di Samut Sakhon, tujuh di Bangkok, dua di Ayutthaya dan satu di Ang Thong. Daripada 21 kes import, 19 dikuarantin sejurus tiba dari India (2), Jerman…

Read More

1,849 kes jangkitan di Filipina

MANILA 29 Jan. – Sebanyak 1,849 kes jangkitan Covid-19 direkodkan di Filipina setakat pukul 4 petang ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 521,413. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), pada masa yang sama 48 lagi pesakit meninggal dunia dan ini meningkatkan jumlah kematian kepada 10,600 orang. DoH juga merekodkan 177 kes sembuh yang membawa kepada jumlah pesakit pulih setakat ini sebanyak 475,765 atau 91.2 peratus sementara kes aktif pula 35,048. Sementara itu, Filipina akan melonggarkan larangan kemasukan pelancong dari lebih 30 negara dan wilayah bermula Februari. Larangan kemasukan pelancong asing dari 36 negara…

Read More

Tiada pergerakan tiada jangkitan

TANJONG 29 Jan. – Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengajak rakyat negeri itu  mengambil pendekatan ‘Tiada Pergerakan, Tiada Jangkitan’ dalam usaha untuk memutuskan rantaian penularan pandemik Covid-19 khususnya di negeri ini. Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata slogan tersebut akan menjadi pendekatan utama dalam kempen komunikasi Penang Lawan Covid-19. Katanya, semua rakyat Pulau Pinang perlu berganding bahu bersama-sama kerajaan negeri dan barisan hadapan dalam usaha menurunkan jumlah jangkitan kes di negeri ini. Menurut beliau, pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN): Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menerusi sidang video hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)…

Read More

Dua PKPD ditamatkan

KUALA LUMPUR 29 Jan. – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di  Asrama Pekerja Kejora Juara, Bukit Pasir di Muar,  Johor, ditamatkan kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ismail Sabri berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan 2,258 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 1,837 kes positif Covid-19 telah direkodkan. “Bagaimanapun KKM mengesahkan kesemua kes positif yang dimasukkan ke wad dan isolasi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) telah sembuh sepenuhnya dan tiada lagi sampel menunggu keputusan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Selain itu, beliau berkata PKPD di…

Read More

12 kluster baharu, 375 aktif

KEMENTERIAN Kesihatan memaklumkan terdapat 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, 29 Januari yang melibatkan 10 kluster berkaitan tempat kerja dan dua kluster komuniti. Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 29 Januari 2021; Jumlah kluster : 791 kluster; Jumlah kluster baharu : 12 kluster; Jumlah kluster yang telah tamat : 416 kluster (termasuk sembilan (9) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Alor, Kluster Nahaba, Kluster Integra Ikon, Kluster Bukit Naga, Kluster Tapak Bina Metropolis, Kluster Tapak Bina Jalan Gadang, Kluster Tapak Bina…

Read More

5,725 kes kumulatif 203,933

PUTRAJAYA 29 Jan. – Sebanyak 5,725 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini,  jumlah kes baharu tertinggi pernah dicatatkan sekaligus menjadikan jumlah  keseluruhan kes 203,933 dengan jumlah kes aktif sebanyak 45,478. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan jumlah kes harian baharu tertinggi iaitu 3,126 kes atau 54.6 peratus. Daripada jumlah ini, sebanyak 2,559 kes (81.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Beliau juga memaklumkan sebanyak 419 kes (7.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan…

Read More