Indonesia tambah 13,802 kes baharu

JAKARTA 29 Jan. – Indonesia terus menambah jumlah kes jangkitan Covid-19 apabila merekodkan 13,802 kes baharu dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes 1,051,795.

Jumlah kes sembuh pula 10,138 menjadikan jumlah pesakit yang pulih dari jangkitan meningkat kepada 852,260 atau 81 peratus daripada jangkitan.

Pada masa yang sama, terdapat 5,032,866 orang yang didapati negatif selepas menjalani ujian termasuk 38,617 orang hari ini.

Kes aktif pula sebanyak 170,017 manakala 187 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia dan kumulatifnya 29,518 kematian

Bagi kes jangkitan, Jawa Barat merekodkan 3,835 kes diikuti Jakarta 3,448 orang,  Jawa Tengah 1,495, Jawa Timur 1,006 dan Kalimantan Timur 667.

Jawa Timur pula merekodkan kematian tertinggi iaitu 52 kes, Jawa Tengah 23,  Kalimantan Timur lapan, Bali tujuh, Jawa Barat dan lima kes.

Jakarta mencatatkan kes sembuh harian tertinggi dengan 2,428, Jawa Barat 2,238, Jawa Timur 1.013 , Banten 926,  Sulawesi Selatan 540 dan Jawa Tengah 378.

Related posts

Leave a Comment